fbpx
Anwar (tengah) ketika melancarkan Kad Pekerja Madani sempena Sambutan Hari Pekerja 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur hari ini. Foto oleh AMIR KHALID/ KOSMO!

Kad Pekerja Madani: Lebih 1 juta ahli nikmati diskaun hingga 30 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan pelancaran Kad Pekerja Madani yang memberi manfaat kepada lebih 1 juta ahli kesatuan sekerja di seluruh negara.

Menurut Anwar, inisiatif ini bertujuan menghargai sumbangan para pekerja serta meringankan beban kos sara hidup mereka.

“Kad Pekerja Madani untuk memberikan ruang kepada siapa saja ahli kesatuan yang ada kad pekerja diberikan diskaun dalam kemudahan-kemudahan di seluruh negara,” katanya.

Belia berkata demikian ketika menyampaikan Amanat Hari Pekerja sempena Sambutan Hari Pekerja 2025 di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini, hari ini.

Kata Anwar, pemegang Kad Pekerja Madani layak menikmati diskaun sehingga 30 peratus di lebih 100 syarikat yang menyertai program ini.

Antara syarikat terlibat termasuk pasar raya dan jenama popular seperti AEON, Mydin, Jakel, Marrybrown, Genting, Old Town White Coffee, Zuss Coffee, SOCAR dan Bateriku.

“Inisiatif ini bukan sahaja tanda penghargaan kepada tenaga kerja negara, tetapi juga sebahagian daripada usaha kerajaan untuk membina ekonomi yang lebih inklusif dan sejahtera untuk semua,” jelasnya.

Selain itu, beliau turut mengumumkan penubuhan Pusat Sehenti Perkhidmatan Pekerja di tiga negeri iaitu Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor.

Jelas beliau, pusat ini akan menyatukan pelbagai perkhidmatan berkaitan buruh di bawah satu bumbung bagi memudahkan akses pekerja serta mempercepatkan penyelesaian isu-isu berkaitan pekerjaan.

“Dengan adanya pusat sehenti ini, kita berharap segala urusan pekerja melibatkan agensi-agensi berkaitan dapat dilakukan dengan lebih cekap, pantas dan mesra rakyat,” ujarnya.

Sambutan hari ini dihadiri lebih 10,000 pekerja seluruh negara. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN