fbpx

Guru tidak perlu cetak e-RPH setiap minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Pendidik di seluruh negara akan dikecualikan daripada mencetak Sistem e-Rancangan Pengajaran Harian (e-RPH) pada setiap minggu.

Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Azman Adnan berkata, beliau mendengar pendapat dan luahan guru mengenai arahan untuk mencetak e-RPH pada setiap minggu.

“Setelah membuat pertimbangan, saya dapati tiada keperluan untuk berbuat demikian.

“Saya telah mengarahkan supaya arahan untuk mencetak e-RPH seperti dalam soalan lazim berkenaan ditarik semula serta-merta,” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Tambah Azman, guru mesti bersedia untuk mengemukakan RPH sekiranya diperlukan sahaja.

“KPM sentiasa berusaha untuk menambah baik amalan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pada waktu sama memastikan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI