fbpx

Dua rumah di Kampung Baru musnah dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bomba sedang memadamkan api kebakaran melibatkan tiga buah rumah di Pintasan Raja Muda Musa 4, Kampung Baru, Kuala Lumpur, pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Dua buah rumah di Pintasan Raja Muda Musa 4, Kampung Baru, di sini, msunah dijilat api dalam satu kejadian kebakaran, pagi tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 9.39 pagi.

Ujarnya, seramai 24 anggota dan dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa bersama bantuan daripada BBP Sentul, dan BBP Jalan Hang Tuah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan di lokasi, terdapat tiga buah rumah separa kekal dengan keluasan dianggarkan 2,800 kaki persegi dilaporkan terbakar.

“Kebakaran tersebut menyebabkan dua unit kediaman musnah sebanyak 100 peratus dan satu unit kediaman musnah sebanyak 40 peratus,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kebakaran turut melibatkan tiga buah motosikal yang musnah terbakar sebanyak 100 peratus.

“Kebakaran berjaya dikawal pada pukul 10.13 pagi. Tiada mangsa yang dilaporkan terlibat dalam kejadian ini.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI