fbpx

De Gea kembali semula ke Old Trafford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE GEA

LONDON – Bekas penjaga gol Manchester United, David De Gea dijangka membuat kemunculan semula ke Old Trafford buat kali pertama sejak meninggalkan pasukan itu dua musim lalu.

Bagaiamanapun, kepulangannya bukanlah untuk menggantikan penjaga gol United, Andre Onana untuk menghadapi musim depan, tetapi ia adalah rentetan The Red Devils yang mengumumkan perlawanan persahabatan pramusim menentang Fiorentina .

United dijangka melayan kunjungan kelab yang diwakili De Gea ketika ini 9 Ogos yang menjadi sebahagian daripada perlawanan persahabatan sebelum aksi musim baharu bermula.

Perlawanan ini juga bakal pertembungan pertama dalam tempoh 26 tahun antara United dan Fiorentina selepas kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara pada musim 1999-2000.

“Perlawanan pramusim ini adalah kunci kepada persiapan kami untuk kempen 2025-26. Ini memastikan semua pemain mempunyai minit permainan yang kompetitif,” ujar Pengarah teknikal United Jason Wilcox.

De Gea meninggalkan Old Trafford sebagai ejen bebas selepas kontraknya tidak diperbaharui sudah membuat 545 penampilan bersama United untuk tempoh bermula 2011 hingga 2023 dengan meraih pelbagai kejuaraan utama termasuk Liga Perdana Inggeris, Piala FA, dan Liga Europa.

Namun, dia telah dilepaskan secara tiba-tiba oleh kelab tanpa memberinya peluang kepada peminat untuk memberikan ucapan perpisahan bermakna kepadanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI