fbpx

Ahli Parlimen Pulai stabil lepas pembedahan buang hempedu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUHAIZAN.

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat dilaporkan semakin stabil selepas selesai menjalani pembedahan membuang hempedu di sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri di sini, hari ini.

Perkembangan itu dimaklumkan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan yang turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan Suhaizan.

“Amanah Johor bersyukur kerana keadaan Suhaizan Kaiat semakin baik selepas menjalani prosedur pembedahan membuang hempedu.

“Kami juga berterima kasih kepada semua yang memainkan peranan termasuk pasukan perubatan, pegawai Parlimen Pulai, petugas Amanah Johor, ketua masyarakat dan individu perseorangan yang menjaga serta menguruskan keselamatan dan kesihatan Suhaizan” katanya dalam kenyataan di sini.

Dalam pada itu, Amanah Johor turut menghargai keprihatinan rakan-rakan Suhaizan termasuk Konsul Jeneral Republik Singapura, Ng Kuan Khai; Ahli Parlimen Skudai, Liew Chin Tong serta beberapa pemimpin setempat lain.

Kosmo! terdahulu melaporkan Suhaizan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) malam Isnin lalu selepas paras oksigennya menurun akibat jangkitan kuman.

Bagaimanapun, beliau dilaporkan berada dalam keadaan stabil namun masih memerlukan pemantauan berterusan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI