JAKARTA – Seorang pengantin perempuan mengundang perhatian ramai apabila menerima pelbagai barang berharga termasuk wang berjumlah 170 juta rupiah (RM44,027) dan kereta jenama Mitsubishi sebagai hantaran, lapor portal berita Lambe Turah.
Majlis perkahwinan itu berlangsung di bandar Kudus, wilayah Jawa Tengah semalam.
Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @radarbandung menunjukkan beberapa hantaran lain yang diberikan oleh pihak pengantin lelaki.
Ia terdiri daripada satu set barangan kemas berjumlah 30 juta rupiah (RM7,775), iPhone 16, sepasang kasut, set penjagaan kulit, beg tangan dan sebuah skuter.
Rakaman itu mencatatkan lebih 46,500 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Wanita itu bertuah,” kata seorang netizen.
“Macam mana nak cari lelaki seperti itu,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI