fbpx

[VIDEO] ‘Terbaik abang topi putih’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar memaparkan lelaki bertopi putih yang mencuri tumpuan di pusat beli-belah.

PETALING JAYA – Seorang lelaki bertopi putih mencuri perhatian ramai selepas cuba meleraikan ‘pergaduhan’ di sebuah pusat beli-belah.

Menerusi hantaran @kamaghul di platform X, video tersebut memaparkan aksi seorang wanita dan lelaki bergaduh di tempat awam, namun situasi ‘tegang’ itu sebenarnya merupakan sebahagian gimik promosi filem Gayong yang bakal ditayangkan tidak lama lagi.

Aksi wanita seperti bersilat itu mendapat perhatian seorang lelaki bertopi putih yang menyangka ia adalah kes keganasan rumah tangga.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen memuji keberanian lelaki itu yang dilihat bertindak pantas meleraikan pergaduhan tersebut.

“Promosi filem ke? Terbaik abang pakai topi cuba mencegah keganasan rumah tangga,” kata @iceb97.

“Orang macam abang topi putih bagus. Reaksi dia cepat nak tolong orang,” puji @syazwanss.

“Mujur abang topi putih tidak grip (pegang) leher lelaki baju hitam, tak memasal jadi pelakon tambahan,” ujar @nastro75.

Filem Gayong mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula pada 8 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI