fbpx
Jemaah masjid mengusung jenazah arwah Tuan Adli di Masjid Putra, Pasir Pekan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Tal Tujuh, Pasir Mas hari ini. - Foto ROHANA ISMAIL / KOSMO!

Peniaga pisang goreng meninggal dunia ketika baca al-Quran di masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TUMPAT – Kematian seorang peniaga pisang goreng dicemburui ramai apabila menghembuskan nafas terakhirnya ketika mengaji al-Quran di Masjid Putra, Taman Desa SBJ Putra, Pasir Pekan di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 10.10 malam itu, Tuan Adli Tuan Yusof, 57, yang sedang membaca surah Al-Mukminun ayat ke-66 meninggal dunia selepas mukanya tersembam atas al-Quran.

Seorang guru al-Quran, Wan Rahim Wan Yusof, 65, berkata, Tuan Adli kerap datang ke kelas al-Quran di masjid tersebut setiap minggu sejak dua tahun lalu.

Katanya, semasa kejadian, terdapat seramai 12 jemaah termasuk arwah Tuan Adli di hadapannya.

“Giliran arwah adalah yang kelapan, dia sempat membaca tujuh hingga lapan ayat Al-Mukminun, Ketika menarik suara untuk melagukan ayat, suaranya terhenti sebelum tersembam atas al-Quran,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Masjid Putra hari ini.

Menurut Wan Rahim, dia bersama jemaah lain segera memberi bantuan pernafasan kepada arwah dan sempat mengajar lelaki itu mengucap dua kalimah syahadah.

Wan Rahim kemudian menghubungi keluarga sebelum pasukan perubatan mengesahkan Tuan Adli sudah meninggal dunia.

Sementara itu, anak sulung arwah, Tuan Amirul Adnin, 30, berkata, bapanya hanya mengetahui mempunyai penyakit darah tinggi ketika melakukan pemeriksaan kesihatan di masjid tersebut baru-baru ini, – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI