fbpx

Dengar suara ghaib suruh bakar rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HALUSINASI seorang penagih dadah mengakibatkan empat rumah terbakar dalam kejadian di Taman Wira Mergong, Alor Setar, semalam.

ALOR SETAR – Seorang lelaki bertindak membakar kediamannya selepas terdengar suara ghaib menyuruhnya berbuat demikian dalam kejadian di Taman Wira Mergong di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Siti Nor Salawati Saad berkata, dalam kejadian pukul 8.20 malam itu, suspek berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai berhalusinasi selepas mengambil dadah jenis methamphetamine.

“Berdasarkan siasatan awal, suspek mendakwa mendengar bisikan suara menyuruhnya membakar kertas dan meletakkannya dalam bekas plastik.

“Tindakan lelaki itu menyebabkan rumahnya serta tiga lagi kediaman jiran terbakar,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek baru dibebaskan dari penjara selepas menjalani hukuman atas kesalahan di bawah Seksyen 39C Akta Dadah Berbahaya. Lelaki itu juga positif methamphetamine.

“Siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI