fbpx
Anggota polis membawa tertuduh (tengah) untuk didakwa atas dua pertuduhan melakukan amang seksual dan merogol anak saudaranya di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. - Foto ROSALWANI CHE SOH

Pembantu jualan didakwa noda anak saudara dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang pembantu jualan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual dan merogol anak saudaranya yang berusia 15 tahun di dalam sebuah kereta pada bulan lalu.

Tertuduh yang berusia 27 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang berusia 15 tahun 11 bulan di dalam sebuah kereta berhampiran sebuah stesen minyak di Kuala Krai dekat sini kira-kira pukul 7.30 malam pada 13 Mac lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa merogol mangsa yang sama apabila perhubungan dengan remaja itu tidak dibenarkan mengikut undang-undang, hukum agama, adat atau kebiasaan untuk berkahwin dengannya.

Perbuatan itu dilakukan di dalam sebuah kereta di kawasan tempat letak kereta di depan sebuah premis di Kuala Krai dekat sini kira-kira pukul 7.30 malam pada 15 Mac lalu.

Pendakwaan bagi kes itu dikemukakan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan tidak kurang daripada 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Ahmad Faiz tidak mencadangkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh melakukan kesalahan serius dengan melibatkan kes amang seksual dan merogol anak saudaranya.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin selain menetapkan 27 Mei depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI