fbpx

MotoGP: Pecco mula yakin cabar Marquez

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PECCO mengakhiri saingan di kedudukan ketiga pada saingan GP Sepanyol di Litar Jerez pada hujung minggu lalu. - AFP

JEREZ – Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia mengakui menikmati pertarungan awal bersama Marc Marquez di Grand Prix (GP) Sepanyol meskipun aksi sengit mereka tidak bertahan lama selepas rakan sepasukannya itu terjatuh pada pusingan ketiga.

Pelumba dari Itali itu berkata, dia berasa sangat baik pada awal perlumbaan dan cukup yakin dengan prestasinya, terutama ketika bertarung sengit dengan Marquez di selekoh lapan hingga sepuluh.

“Saya rasa empat pusingan pertama sangat hebat. Saya tahu Marc cuba memotong saya di selekoh lapan, tetapi tahun ini saya lebih kompetitif di selekoh-selekoh itu,” kata Bagnaia.

Insiden itu berlaku apabila Marquez cuba mendekati Bagnaia, tetapi terjatuh di selekoh lapan sekali gus mengakhiri harapan untuk berada di podium.

“Saya cukup yakin dia tidak menjangka saya akan cuba memintasnya di selekoh sembilan, jadi saya cuba di situ. Kemudian dia cuba memintas semula di selekoh 10, tetapi tidak berjaya sebelum ada sentuhan sedikit antara kami,” jelasnya.

Bagaimanapun, Bagnaia mengakui kecewa kerana pertarungan itu tidak sempat berlarutan hingga ke penghujung perlumbaan seperti yang diharapkan oleh peminat.

“Malangnya, ia sangat singkat. Bukan berlaku di dua pusingan terakhir dan bukan untuk dua tempat teratas,” ujarnya.

Selepas perlumbaan di Jerez, Bagnaia turun ke tempat ketiga keseluruhan dengan ketinggalan 20 mata menjelang pusingan seterusnya di GP Perancis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI