fbpx

Lelaki terlepas tali gantung bebas tuduhan edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Fazilah (dua dari kiri) dibebas dan dilepaskan daripada pertuduhan mengedar dadah di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang lelaki terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan dia daripada pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine pada tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Hassan Abdul Ghani memutuskan demikian terhadap tertuduh, Muhammad Fazilah Ngah, 42, setelah mendapati pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 73.86 gram.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Muhammad Fazilah di sebuah rumah di Felda Bukit Bading, Hulu Terengganu pada 9 Jun 2022.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, bapa empat anak yang bekerja sendiri itu telah ditahan selama dua tahun 10 bulan di Penjara Marang sepanjang prosiding mahkamah berlangsung.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Khairuddin Idris manakala tertuduh pula diwakili peguam, Wan Zainuddin Wan Musa. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI