fbpx

Lelaki meninggal dunia ketika daki Bukit Larut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat lelaki tersebut dibawa turun oleh anggota bomba dari Bukit Larut di Taiping pagi tadi. - Foto IHSAN JBPM

TAIPING – Seorang lelaki dikenali sebagai Ahmad Saharim Saudi, 50, meninggal dunia ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Larut di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, Sistem Tindak Balas Kecemasan Malaysia (MERS) menerima panggilan daripada berhubung kejadian itu pada pukul 10.40 pagi.

Katanya, pemanggil memaklumkan terdapat seorang lelaki berusia 50 tahun yang mendaki Bukit Larut mengalami sesak nafas dan berada di check point 4 iaitu kira-kira tiga kilometer dari kaki bukit.

“Anggota operasi menaiki kenderaan Toyota Hilux milik Bukit Larut Resort ke check point 3 seterusnya berjalan kaki ke lokasi mangsa yang cedera berhampiran check point 4.

“Setibanya di lokasi mangsa didapati mangsa telah diberi rawatan oleh pegawai perubatan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut sama menyertai aktiviti tersebut dan mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya di sini hari ini.

Sabarodzi berkata, kerja-kerja membawa turun mangsa dijalankan dan dibantu oleh pihak KKM seterusnya diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia untuk tindakan lanjut.

Operasi yang dilaksanakan oleh Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting dan BBP Taiping itu selesai pada pukul 1.31 petang tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI