fbpx

Lebih 1,000 masjid ranap dibom Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BANGUNAN musnah akibat serangan Israel di Nuseirat, Selasa lalu. - Foto AFP

BANDAR GAZA – Sejumlah rakyat Palestin cedera kelmarin selepas pesawat tempur Israel mengebom Masjid Al-Faraj di kem pelarian Nuseirat, tengah Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Anadolu.

Saksi-saksi berkata, serangan udara Israel memusnahkan sepenuhnya Masjid Al-Faraj dan menyebabkan ramai orang awam cedera.

Semua mangsa cedera dirawat di Hospital Al-Awda, Nuseirat.

Sejak permulaan serangan tentera Israel ke atas Semenanjung Gaza pada 7 Oktober 2023, Rejim Zionis terus menyasarkan masjid  dan gereja.

Tentera Israel telah memusnahkan 1,109 daripada 1,244 masjid sama ada sepenuhnya atau sebahagiannya, kata Kementerian Wakaf dan Hal Ehwal Agama Semenanjung Gaza pada Februari lalu.

Tentera Israel memperbaharui serangan ke atas Semenanjung Gaza pada 18 Mac lalu sekali gus mencabuli genjatan senjata pada 19 Januari lepas.

Lebih 52,000 rakyat Palestin, kebanyakan mereta wanita dan kanak-kanak terkorban di Gaza dalam serangan kejam Israel sejak Oktober 2023.

Pada November 2024, Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas dakwaan melakukan jenayah perang dan kemanusiaan di Gaza.​​​​​​​ – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI