fbpx

Keluarga rayu Damia pulang, lebih dua minggu ‘hilang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAMIA YUSRINA yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah kediamannya di Rengit, Kluang pada 12 April lalu.

BATU PAHAT – Seorang remaja perempuan telah keluar rumah dari rumahnya di Kampung Sungai Kluang, Rengit di sini lebih dua minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, Damia Yusrina Abdul Halim,16, dilaporkan keluar meninggalkan kediamannya pada malam 12 April lalu.

Katanya, laporan diterima pihaknya pada 14 April sebelum gerakkan mengesan kedudukan remaja berkenaan dilancarkan berpandukan maklumat diberikan oleh pengadu.

“Hasil siasatan awal, remaja berkenaan tinggal sejak kecil bersama datuknya dan keluar meninggalkan rumah selepas dimarahi kerana masalah peribadi.

“Orang ramai yang ternampak atau mengenali serta mengetahui kedudukan remaja perempuan ini diharapkan dapat menghubungi mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan selanjutnya,”katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI