fbpx

Kebakaran paip gas: Kos siling bina rumah rosak sepenuhnya RM300,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan terkini kediaman yang terjejas selepas sebulan tragedi kebakaran di Putra Heights hari ini. - SADDAM YUSOFF

SHAH ALAM – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menetapkan harga siling RM300,000 bagi proses pembinaan semula seunit rumah yang musnah sepenuhnya dalam insiden letupan dan kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya dekat sini.

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, kadar siling tersebut adalah mengikut perangkaan Sime Darby dan penilaian daripada Jabatan Kerja Raya.

Katanya, ini akan melibatkan 81 unit rumah yang rosak melebihi 40 peratus akibat kejadian itu daripada 219 yang terjejas sebelum ini.

“Projek pembinaan semula rumah ini akan dilaksanakan dengan kerjasama Kerajaan Selangor, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta pemaju yang telah dilantik iaitu Sime Darby dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB).

“Sime Darby yang juga merupakan pemaju Taman Putra Harmoni akan mengambil tanggungjawab membina semula rumahrumah terkesan di kawasan perumahan tersebut mengikut pelan rumah unit asal.

“Manakala SPNB pula akan memberi tumpuan kepada kerja-kerja pembinaan semula di Kampung Kuala Sungai Baru,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua pihak ini akan dibenarkan memasuki tapak tersebut bermula esok dan memulakan kerja dengan unit-unit kediaman dalam radius 100 meter dari kawasan kejadian.

Ujarnya, tempoh keseluruhan yang diperuntukkan bagi kerja-kerja pembinaan ini adalah selama 24 bulan.

“Bagaimanapun, saya secara peribadi telah meminta supaya Sime Darby bekerjasama dengan Sime Darby mempercepatkan pembinaannya. Boleh cepat tapi tidak boleh lewat,” tegasnya.

Kor Ming menambah, kategori kedua adalah rumah-rumah yang mengalami kerosakan melebihi 40 peratus tetapi tidak memerlukan pembinaan semula ditetapkan kos siling sebanyak RM150,000.

Kategori ketiga pula rumah-rumah yang mengalami kerosakan kurang daripada 40 peratus dengan kos siling baik pulih adalah sebanyak RM30,000.

“KPKT telah menubuhkan Tabung Amanah Bencana Perumahan Negara bagi mengumpulkan dana membantu mangsa-mangsa yang kehilangan rumah akibat bencana
tersebut.

“Jumlah peruntukan daripada tabung tersebut bagi kerja baik pulih dan pembinaan semula rumah-rumah mangsa dianggarkan sebanyak RM40 juta,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Kor Ming turut mengumumkan KPKT memperuntukkan sejumlah RM6 juta bagi kerja-kerja infrastruktur awam melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Jabatan Landskap Negara
(JLN) dan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

“Dengan ini, jumlah keseluruhan kos yang terlibat dalam usaha melestarikan kawasan Putra Heights adalah sebanyak RM46 juta,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI