fbpx

Imigresen kesan salah satu pusat hiburan ‘Mini Manila’ ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Mohammed Saupee (gambar kecil) memaklumkan hasil risikan pegawainya salah satu pusat hiburan dengan jolokan ‘ Mini Manila’ di ibu negara didapati tidak beroperasi sejak minggu lalu.

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur mengesan salah satu pusat hiburan di sebuah pusat beli-belah dikenali ‘Mini Manila’ telah ditutup, hari ini.

Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, ia susulan hasil risikan dan siasatan yang dijalankan oleh pihaknya.

“Imigresen sentiasa peka dan sudah menjalankan siasatan di lokasi tersebut.

“Pemeriksaan mendapati premis terbabit telah ditutup dan dipercayai ada pertukaran pemilik baharu,” katanya kepada Kosmo! hari ini.

Wan Mohammed Saupee berkata, JIM Kuala Lumpur akan meneruskan pemantauan sekiranya premis tersebut masih beroperasi dan terlibat dalam salah laku peraturan imigresen oleh mana-mana warga asing atau pemilik premis.

Terdahulu, Wan Mohammed Saupee memaklumkan bahawa pusat hiburan tersebut yang disyaki menawarkan perkhidmatan gadis pelayan pelanggan (GRO) warga asing berada dalam radar dan pemantauan pihak JIM.

“Kegiatan ini sudah berada dalam radar dan risikan JIM Kuala Lumpur dan tindakan akan diambil dalam masa terdekat,” jelasnya.

Sebelum ini, laporan khas muka depan Kosmo! mendedahkan kedua-dua premis yang berada di tingkat empat pusat beli­-belah berkenaan dipercayai men­jalankan operasi bermula se­awal pukul 10 pagi hingga lewat malam.

Seorang pekerja tempatan yang enggan dikenali mendakwa, terdapat sekumpulan wanita warga asing yang berlegar-legar di sekitar premis terbabit yang dipercayai bekerja sebagai GRO.

Dakwanya, golongan GRO itu dilihat cuba mendapatkan pelanggan sebelum membawa masuk ke dalam premis yang kononnya beroperasi sebagai pusat karaoke. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI