fbpx

Faizal tak tutup pintu buat Speedy Tigers

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faizal (tengah) melayan sebahagian peserta klinik hoki kendaliannya di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu kelmarin.

BEKAS penyerang hoki sensasi negara, Faizal Saari tidak menutup terus pintu hatinya untuk kembali menyarung jersi Speedy Tigers pada masa depan biarpun sudah mengumumkan persaraan di peringkat antarabangsa.

Katanya, dia tidak akan sesekali menolak mentah-mentah sekiranya menerima panggilan untuk kembali menyertai skuad kebangsaan.

“Kalau jurulatih kebangsaan (Sarjit Singh) telefon (memanggil menyertai skuad Speedy Tigers), saya akan pertimbangkan.

“Begitupun, buat sama ini saya mahu fokus dengan keluarga dan akademi hoki yang bakal dibuka tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui Kosmo! selepas mengendalikan klinik hoki di Stadium Hoki Batu Buruk, Kuala Terengganu kelmarin.

Faizal, 34, sebelum ini mengumumkan persaraan daripada arena kebangsaan selepas bergelar juara trebel Liga Hoki Malaysia (MHL) 2025.

Ia sekali gus menamatkan karier antarabangsa penyerang sensasi itu dengan 302 kap selepas 15 tahun bersama Speedy Tigers.

Faizal berkata, Akademi Faizal Saari yang bakal beroperasi di Pandamaran, Klang, Selangor bulan depan akan memberi fokus kepada pembangunan bakat berusia 16 tahun ke bawah.

“Sudah tiba masanya saya beri perhatian kepada pembangunan generasi baharu selepas 15 tahun mewakili skuad kebangsaan. Saya mahu beri fokus kepada klinik hoki serta akademi yang bakal beroperasi bulan depan,” katanya.

Dalam pada itu, Faizal menegaskan, kariernya sebagai pemain hoki tidak berakhir sepenuhnya kerana masih mahu menabur bakti dengan Terengganu menerusi Pasukan Hoki Terengganu (THT) dalam saingan MHL dan Piala Tun Razak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI