fbpx

EPL: Vardy enggan beraksi di Liga Kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VARDY mahu terus kekal beraksi di EPL biarpun dikaitkan dengan perpindahan ke Wrexham. - AFP

LONDON – Bintang veteran Leicester City, Jamie Vardy dilapor menolak minat yang ditunjukkan oleh pasukan yang bakal beraksi di Liga Kejuaraan musim depan, Wrexham AFC biarpun sah meninggalkan Stadium King Power hujung musim ini.

Pemain berusia 38 tahun itu mengharungi tempoh selama 13 tahun bersama Leicester dan berjaya meraih gelaran Liga Perdana Inggeris, Piala FA, Perisai Komuniti dan Kasut Emas, selain meledak 198 gol dalam 497 penampilan.

Biarpun usianya yang dianggap semakin menghampiri penghujung karier, Vardy masih belum berminat untuk berbicara mengenai soal persaraan dan mahu meneruskan karier sebagai pemain bola sepak pada tahap tertinggi.

Dia yang dikaitkan dengan Wrexham sebelum ini menolak potensi perpindahan berkenaan apabila bersedia untuk kekal beraksi dalam saingan Liga Perdana Inggeris bersama pasukan baharu selepas Leicester sah tersingkir ke saingan divisyen kedua musim depan.

Vardy juga dilapor menarik minat beberapa pasukan dalam saingan Liga Bola Sepak Major (MLS) Amerika Syarikat serta kelab-kelab dari Liga Arab Saudi.

Bekas pengurus EPL, Harry Redknapp percaya Vardy adalah pemain yang cukup sesuai untuk menyertai pendatang baharu EPL musim depan, Burnley yang dikendalikan oleh Scott Parker.

“Dia akan menjadi penambah nilai buat mana-mana pasukan. Pasukan seperti Burnley yang baru dipromosi memerlukan sentuhan gol daripada Vardy untuk membantu mereka bersaing dan terus kekal di EPL,” katanya. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI