fbpx

EPL: Slot bakal dapat dana besar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NUNEZ berada dalam senarai pemain yang bakal dilepaskan oleh Liverpool pada musim panas nanti selepas gagal membuktikan kualitinya. - AFP

LIVERPOOL – Selepas kejayaan mengesahkan gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, Liverpool dilapor sudah merancang menstruktur semula pasukan itu untuk musim depan apabila bersedia melepaskan tiga pemainnnya.

Pengendali Liverpool, Arne Slot tiba di Anfield musim panas tahun lalu, namun beliau tidak membuat pelaburan besar apabila hanya mendapatkan khidmat Federico Chiesa yang menjadi satu-satunya pemain baharu dibeli.

Bagaimanapun, beliau bersedia untuk menyertai pasaran perpindahan bermula Jun ini bagi mendapatkan beberapa pemain baharu bagi memastikan Liverpool mampu mencipta sejarah memburu gelaran EPL ke-21 musim depan.

Sebelum itu, The Reds dilapor bersedia melepaskan sekurang-kurangnya tiga pemainnya termasuk menerima hakikat bahawa Darwin Nunez adalah pemain yang kurang sesuai untuk mengetuai jentera serangan mereka.

Selain Nunez, dua lagi pemain pertahanan, Kostas Tsimikas dan Joe Gomez juga turut berada dalam senarai untuk dijual, manakala penjaga gol, Caoimhim Kelleher juga dibenarkan untuk mencari pasukan baharu apabila mereka bakal menyambut ketibaan Giorgi Mamardashvili yang dibeli dari Valencia sejak musim lalu.

“Arne Slot akan diberikan sokongan kuat oleh pihak pengurusan pasukan untuk berbelanja besar pada musim panas ini untuk mempertahankan kejuaraan. Pasukan pemantau bakat mereka juga sudah memulakan kerja untuk mengenalpasti pemain yang bakal dibeli.

“Difahamkan mereka meletakkan keutamaan untuk mendapatkan pemain di posisi No. 9 dan pertahanan kanan. Alexander Isak dan Hugo Ekitike serta dua pemain pertahanan Bournemouth, Milos Kerkez dan Dean Huijsen berada dalam senarai yang diinginkan,” menurut satu laporan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI