fbpx

EPL: Perebutan gelaran musim depan lebih sengit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CITY berdepan prestasi paling sukar musim ini sepanjang di bawah kendalian Guardiola, namun mereka dijangka bangkit lebih kuat musim depan. - AFP

LONDON – Penjaring terbanyak sepanjang zaman Liga Perdana Inggeris, Alan Shearer merasakan persaingan kejuaraan musim depan akan lebih menarik membabitkan enam pasukan.

Selepas Liverpool dilihat terlalu selesa untuk mengesahkan kejuaraan musim ini, Shearer merasakan Manchester City dan Arsenal akan tampil lebih kuat, malah bekas pasukannya, Newcastle United, Aston Villa serta Chelsea juga pasti perkukuhkan skuad sedia ada.

“Saya akan berasa kagum jika Liverpool mampu memenangi kejuaraan ini musim depan dengan mudah. Liverpool masih berpeluang untuk menang, tetapi semua itu tidak akan diraih dengan mudah.

“Saya tidak melihat semua itu akan berlaku kerana saingannya pasti akan lebih mencabar. Banyak pasukan yang mahu melakukan penambahbaikan, Arsenal, Man City, Newcastle, Aston Villa dan Chelsea,” katanya.

Seorang lagi bekas bintang sensasi England, Gary Lineker turut senada dengan apa yang diperkatakan Shearer, namun perhatiannya lebih menjurus kepada reaksi yang bakal dilakukan oleh City.

Lineker menjelaskan persaingan musim ini sebenarnya akan lebih menarik jika City dan Arsenal tidak berdepan masalah kecederaan dan menganggap dua pasukan itu adalah pencabar terkuat kepada The Reds.

“Saya percaya City akan kembali pada tahap terbaik mereka dan saya akan terkejut sekiranya mereka harungi situasi sama seperti musim ini.

“Saya fikir Pep Guardiola mahukan lebih baik musim depan dan persaingan akan jadi lebih mencabar lagi. Saya harap persaingan kejuaraan akan lebih kompetitif selepas ini,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI