fbpx

EPL: Musim Rashford berakhir lebih awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RASHFORD dilapor mengalami kecederaan hamstring dan terpaksa menamatkan musim ini lebih awal. - AFP

LONDON – Pemain pinjaman Aston Villa, Marcus Rashford terpaksa menamatkan musim lebih awal selepas berdepan kecederaan hamstring yang memerlukan tempoh yang agak panjang untuk pulih.

Kecederaan tersebut menyebabkan Rashford terlepas aksi separuh akhir Piala FA ketika Villa berdepan kekalahan 0-3 kepada Crystal Palace sebelum ini, sekali gus menyaksikan peluangnya untuk melengkapkan perpindahan ke Villa Park menjadi tidak menentu.

Bagaimanapun, Rashford dijangka sempat untuk pulih menjelang aksi persahabatan antara England dan Andorra serta Senegal pada Jun nanti sekiranya namanya dipilih menyertai skuad The Three Lions.

Kontrak Rashford bersama United hanya akan berakhir pada 2028, namun dia dijangka tidak akan kembali ke Old Trafford selagi Ruben Amorim menguruskan pasukan itu selepas kedua-dua mereka dilapor mempunyai hubungan yang kurang baik.

Biarpun situasinya tidak menentu, Rashford dikatakan masih tidak mahu bercakap mengenai masa depannya ketika ini dan hanya akan melakukannya pada musim panas nanti.

United sebelum ini dilaporkan bersedia untuk melepaskan khidmat Rashford apabila meletakkan tanda harga sekitar £40 juta (RM233.21 juta) untuk mana-mana pasukan yang berminat.

Setakat ini, Villa masih belum membuat keputusan muktamad untuk menandatangani khidmat Rashford ketika khidmatnya juga turut dikaitkan dengan Paris Saint-Germain dan Tottenham Hotspur. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI