fbpx

Bekas bini, isteri baru cef piza wagyu cedera bergelut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar kecederaan dialami oleh kedua-dua wanita yang terlibat dalam pergelutan.

AMPANG JAYA – Gara-gara melanggar syarat perjanjian, seorang wanita cedera akibat bergelut dengan bekas isteri suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Melawati, di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 3.15 petang ketika suami pengadu mengizinkan bekas isterinya mengambil barangan di kediaman mereka.

Menurutnya, suami pengadu yang juga pempengaruh cef piza wagyu menetapkan syarat di mana bekas isterinya hanya dibenarkan berada di tingkat bawah.

“Namun, wanita itu naik ke tingkat satu menyebabkan pengadu cuba menghalang sehingga berlaku pergelutan. Kejadian itu difahamkan disaksikan oleh kakak ipar dan adik ipar pengadu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Azam berkata, akibat pergelutan, kedua-dua wanita tersebut mengalami kecederaan ringan pada muka.

“Kedua-dua pihak membuat laporan polis pada hari sama dan tiada tangkapan dibuat. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

Terdahulu, kecoh di media sosial bekas pasangan pempengaruh ‘bertikam lidah’ gara-gara berebut hak penjagaan dan harta sepencarian.

Pada Oktober lalu, wanita yang juga usahawan itu mengakui rumah tangga yang dibina bersama suaminya hampir 10 tahun terlerai begitu kerana orang ketiga.

Pasangan pempengaruh itu mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI