fbpx

Bapa didakwa dera anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang bekas tukang masak ditahan polis kerana dipercayai melakukan penderaan terhadap anak lelakinya yang berusia dua tahun di Gelang Patah, 23 April lalu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M. Kumarasan berkata, suspek berusia 35 tahun itu telah ditahan pada hari sama setelah satu laporan polis dibuat terhadapnya.

“Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod kesalahan lampau dan saringan awal air kencing turut di dapati negatif.

“Suspek telah ditahan reman selama lapan hari sebelum didakwa di Mahkamah Majistret Johor Bahru, hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah Kumarasan, Majistret, Thalha Bachok kemudian memberikan jaminan RM8,000 setelah tertuduh mengaku tidak bersalah atas pendakwaan tersebut.

“Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. Majistret turut menetapkan tarikh 4 Jun bagi sebutan semula kes,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI