fbpx

‘Atuk’ rugi RM1.36 juta ditipu skim pelaburan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

GEORGE TOWN – Seorang pengurus perakaunan sebuah syarikat swasta berdepan kerugian kira-kira RM1.36 juta selepas terperdaya dengan skim pelaburan dalam talian menerusi satu aplikasi khas.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 28 April lalu.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa seorang lelaki berusia 70 tahun mula tertarik dengan pelaburan itu selepas melihat iklan berkaitan jual beli saham di Bursa Saham menerusi aplikasi WhatsApp sekitar hujung Disember tahun lalu.

“Pelaburan yang dipromosikan menjanjikan pulangan antara lapan hingga 15 peratus daripada modal dilaburkan dalam tempoh dua bulan. Mangsa kemudian memuat turun aplikasi tersebut mendaftar sebagai ahli,” katanya di sini hari ini.

Menurut Hamzah, mangsa melakukan sebanyak 14 transaksi pindahan wang ke dalam empat akaun bank berbeza sehingga mengalami kerugian mencecah RM1.36 juta.

“Mangsa mula curiga selepas diminta membuat bayaran tambahan sebanyak RM1 juta kononnya sebagai komisen untuk membolehkan pengeluaran keuntungan pelaburan yang dikatakan mencecah RM11 juta,” katanya kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI