fbpx

‘Suami pun tak kasi’ – Ayu Damit elak sertai program realiti, kejar PhD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayu ingin mengejar impian bergelar doktor falsafah.

PUTRAJAYA – Mengejar impian bergelar doktor falsafah, penyanyi Ayu Damit enggan lagi menyertai program pertandingan realiti bagi menumpukan perhatian terhadap pengajian, kerjaya seni dan keluarga.

Ayu atau nama sebenarnya Norayu Damit, 36, berkata dia hanya mahu menyelesaikan peringkat Ijazah Sarjana Muda sebelum mendapatkan skrol Sarjana untuk melayakkannya menjadi pensyarah disusuli pengajian Doktor Falsafah (PhD).

“Sudah sampai masa saya elak sertai program realiti televisyen sebab saya kini sudah tiada masa untuk itu. Sekarang saya kejar Master (Sarjana) agar dapat mengajar. Selepas itu mahu kejar PhD pula.

“Saya memang bercita-cita nak kongsi ilmu dan pengalaman dengan jadi pensyarah. Suami pun cakap tak payah masuk program realiti lagi. Jangan nak peningkan kepala sendiri.

“Ketika sertai Gegar Vaganza tujuh (GV7), saya kena migrain sebab banyak komitmen perlu saya penuhi dengan cuma ada satu hari sahaja untuk berehat. Saya dah lalui semuanya dan tiba masa saya berhenti daripada sertai program realiti nyanyian,” katanya selepas pelancaran Showcase An Evening To Remember with Alyah, Idayu, Ayu, baru-baru ini.

Penyanyi Hanya di Mercu itu juga mengakui menjadikan penyanyi senior Datuk Syafinaz Selamat sebagai idola dalam arena muzik.

“Saya meletakkan sasaran sampai usia 45 tahun melengkapkan cita-cita menjadi tenaga pengajar kerana sampai bila saya mahu menyanyi? Bukan bermakna saya mahu berundur terus tetapi lebih kepada penuhi cita-cita sebagai pensyarah.

“Sekarang saya sambung pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) Ijazah Sarjana Muda Asasi Seni Kreatif, tapi saya cuma perlahankan nyanyian pada usia 45 tahun kerana mahu lebih relaks.

“Selepas selesai pengajian ijazah lagi dua tahun, saya akan mengajar dulu. Insya-Allah, jika semuanya lancar, saya sambung pula ke peringkat seterusnya,” ujarnya.

Sebelum ini ibu kepada empat anak itu pernah diangkat sebagai juara One In A Million (OIAM) musim kedua dan pemenang tempat ketiga GV7  pada 2020.

Mengenai Showcase An Evening To Remember with Alyah, Idayu & Ayu, dia mengakui teruja berkolaborasi dengan Datin Alyah dan Idayu untuk menjayakan showcase di Hotel Park Inn by Radisson Putrajaya pada 21 dan 22 Jun nanti.

Kerjasama secara bertiga termasuk berkongsi kos bagi merealisasikan persembahan tersebut antara lain juga sebagai usaha mereka menakluk banyak hotel lain dengan penampilan ala ‘Secretary Week’ yang pernah popular suatu masa dahulu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI