fbpx

Remaja 15 tahun bergelut elak diculik di Shah Alam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa cedera dalam pergelutan ketika cuba melepaskan diri daripada diculik dua lelaki dalam kejadian di Seksyen 13, Shah Alam semalam.

SHAH ALAM – Seorang remaja lelaki cedera dalam pergelutan ketika cuba melepaskan diri daripada diculik dua lelaki dalam kejadian di Seksyen 13, di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.15 petang itu, mangsa yang merupakan pelajar berusia 15 tahun luka di pipi kanan dan kedua-dua belah lengan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan mendapati semasa kejadian mangsa yang sedang berjoging seorang diri telah didatangi sebuah kereta dipercayai jenis Proton Saga atau Iswara.

Katanya, kereta itu dinaiki dua lelaki yang terus menahan mangsa.

“Salah seorang suspek kemudiannya turun dari kereta tersebut lalu mengacukan pisau dan mengarahkan mangsa masuk ke dalam kenderaan itu.

“Bagaimanapun, mangsa enggan dan bergelut dengan suspek sebelum berjaya melarikan diri ke pondok pengawal kondominium berdekatan untuk mendapatkan bantuan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, mangsa yang cedera di pipi dan kedua-dua bahagian lengan kemudian telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tambahnya, usaha mengesan suspek terlibat sedang giat dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 363/511 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Justeru, mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Sabri Abd. Rani ditalian 017-2892628,” katanya.

Terdahulu, tular gambar dan kenyataan daripada keluarga mangsa berhubung kejadian culik di media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI