fbpx
Refresh

This website www.kosmo.com.my/2025/04/29/program-permata-kasih-simpan-sspn-perkasa-pendidikan-anak-asnaf/ is currently offline. Cloudflare's Always Online™ shows a snapshot of this web page from the Internet Archive's Wayback Machine. To check for the live version, click Refresh.

Program Permata Kasih Simpan SSPN perkasa pendidikan anak asnaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail (tengah) dan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Syed Sirajuddin Jamalullail (dua dari kanan) bergambar bersama penerima sumbangan Peka Simpan SSPN Bagi Kelahiran Baharu Anak Asnaf Negeri Perlis.

PETALING JAYA – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bekerjasama melaksanakan Program Permata Kasih (Peka) Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) Bagi Kelahiran Baharu Anak Asnaf Negeri Perlis semalam.

Ia merupakan inisiatif MAIPs dan PTPTN dalam usaha memperkasa pendidikan anak-anak asnaf sejak awal kelahiran mereka, sekali gus melahirkan generasi celik kewangan.

Menerusi program berkenaan, sumbangan berjumlah RM400,000 disampaikan oleh MAIPs melalui PTPTN dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime untuk manfaat 2,000 orang anak asnaf kelahiran baharu di Perlis bermula 1 April 2025.

Penerima sumbangan merupakan anak asnaf kelahiran baharu di Perlis, warganegara Malaysia dan beragama Islam, yang mana senarai penerima akan diuruskan oleh pihak MAIPs dengan kerjasama agensi dan pihak-pihak yang terlibat.

Setiap anak asnaf yang layak akan menerima RM200 dalam bentuk akaun Simpan SSPN Prime yang merupakan antara permulaan simpanan pendidikan bagi masa depan mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd. Nazim Mohd. Noor (kiri) menyerahkan cek cura sumbangan akaun Simpan SSPN Prime berjumlah RM400,000 kepada Ahmad Dasuki.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi sentiasa berusaha memperkasa penabungan yang merupakan agenda utama PTPTN untuk mengurangkan kebergantungan masyarakat kepada pinjaman, sekali gus meningkatkan akses kepada pendidikan tinggi.

Jelasnya, agenda penabungan merupakan misi PTPTN bagi mentransformasi minda masyarakat daripada ‘meminjam’ kepada ‘menabung’ agar anak-anak tidak dibelenggu hutang setelah tamat pengajian.

“PTPTN sentiasa mengalu-alukan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan, syarikat korporat dan pelbagai pihak untuk membantu golongan asnaf, terutama dalam aspek pendidikan.

“Semoga Program Peka Simpan SSPN bagi Kelahiran Baharu Anak Asnaf Negeri Perlis akan memberi sinar baharu kepada keluarga asnaf agar mengutamakan pendidikan tinggi untuk mengubah nasib keluarga,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI