fbpx

Polis tumpaskan sindiket proses dadah dalam kereta, pangsapuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMAR menunjukkan rampasan dadah pada sidang akhbar di IPK Johor, Johor Bahru hari ini. - Foto oleh BAZLAN IBRAHIM

JOHOR BAHRU – Lima sindiket pengedaran dadah tumpas dalam serbuan di empat daerah di negeri ini sejak 20 hingga 24 April lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, pihaknya turut menahan lima individu termasuk seorang lelaki Singapura dalam serbuan di Johor Bahru, Batu Pahat, Kluang dan Kota Tinggi itu.

Katanya, lebih 70 kilogram (kg) dadah seperti syabu, ekstasi, ganja dan pil Eramin 5 bernilai hampir RM9 juta dirampas dalam serbuan berkenaan.

“Modus operandi tiga sindiket itu adalah dengan menjadikan kenderaan sebagai tempat memproses, membungkus dan menyimpan dadah, manakala dua sindiket lagi menjadikan pangsapuri sebagai pusat operasi.

“Semua suspek berusia 22 hingga 47 tahun positif dadah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Antara barangan yang disita termasuklah kenderaan, barang kemas dan wang tunai dengan nilai keseluruhan RM400,000.

“Jumlah keseluruhan rampasan dadah dan sitaan dalam lima serbuan adalah sebanyak RM9.32 juta. Kelima-lima suspek direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI