fbpx

Polis rampas pistol berkait kes Muhamad Arafat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Raja Iskandar Dzurkarnain (kanan) berkenan merasmikan menembak menggunakan senapang Cz Scorpion Evo 3 ketika berangkat ke Ujian Kemahiran Menembak Antara Agensi Sempena Hari Polis Ke -218 Tahun 2025 di Lapang Sasar Kontinjen Perak, Jalan Padang Tembak di Ipoh, hari ini.

IPOH – Polis merampas sepucuk pistol jenis Kimber Micro 9 ESV milik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kinta, Muhamad Arafat Varisai Mahamad.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, senjata api itu dirampas pada 19 April lalu selepas diserahkan wakil rakyat tersebut untuk tujuan siasatan.

“Senjata itu dirampas dan disimpan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh. Siasatan masih berjalan, jadi kita tunggulah,” katanya pada Program Ujian Kemahiran Menembak Antara Agensi di Lapang Sasar Kontinjen Perak, di sini hari ini.

Dalam program yang diadakan sempena Hari Polis Ke-218 itu, Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah turut berkenan berangkat menyertai acara berkenaan.

Mengulas lanjut Noor Hisam berkata, pihaknya menghantar permohonan kepada Ketua Lesen Pasukan di Bukit Aman bagi pembatalan permit pemilikan senjata api oleh Muhamad Arafat.

Katanya, permohonan itu dibuat sehari sebelum wakil rakyat tersebut menyerahkan senjata kepada polis dan pembatalan permit dibuat mengikut prosedur operasi standard (SOP) bagi individu yang terlibat dengan mana-mana kes.

“Ia bukan dibuat kerana kita pilih kasih, tetapi berdasarkan SOP yang mana semua pembatalan di bawah bidang kuasa Ketua Polis Negara,” katanya yang memberitahu masih menunggu arahan lanjut dari pejabat Timbalan Pendakwa Raya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI