fbpx
Tangkap layar video menunjukkan sebuah treler cuba memotong kenderaan jenis sama di hadapannya.

Polis rakam keterangan pemandu treler tular pandu berbahaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Polis telah merakam keterangan pemandu treler yang tular memandu secara melulu dan berbahaya di Jambatan Pulau Indah, Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Akmalrizal Radzi berkata, keterangan diambil selepas pemandu hadir di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah ini.

Katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku pukul 2 petang pada Rabu lalu apabila pemandu treler berusia 30an itu memandu dari arah Pelabuhan Barat ke Kajang.

“Pemandu kemudiannya telah memotong treler lain di atas jambatan SKVE yang mempunyai garisan berkembar.

“Ini menyebabkan kenderaan dari arah bertentangan terpaksa berhenti di tepi bahu jalan untuk mengelakkan kemalangan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menambah, semakan mendapati pemandu treler itu bekerja di syarikat pengangkutan di Pelabuhan Klang.

Ujarnya, pemandu itu juga mempunyai lesen memandu dan hasil ujian saringan air kencing mendapati negatif sebarang jenis dadah.

“Tiada kemalangan jiwa dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nor Baiti Mustafa di talian 014-5006072 atau 03-31872222 atau balai polis berhampiran,” katanya.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan seorang pemandu kenderaan berkongsi detik cemas apabila sebuah treler dari arah bertentangan dipandu secara berbahaya dengan memotong garisan berkembar dipercayai di Selangor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI