fbpx

Operator direman kes noda pelajar lelaki kenalan permainan video

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUSPEK diiringi anggota polis bagi permohonan reman di Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka. - Foto oleh ARIF HAMIZAN MISKON

MELAKA – Seorang operator kilang direman enam hari bermula hari ini selepas dipercayai mencabul seorang pelajar lelaki di sebuah asrama di sini, dua minggu lalu.

Perintah reman sehingga 4 Mei itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Ayer Keroh, Sharda Shienha Mohd. Suleiman terhadap suspek berusia 23 tahun.

Menurut sumber, kejadian terbongkar selepas guru pelajar terbabit mendapati suspek kerap berjumpa dengan mangsa di kawasan asrama.

“Suspek sering dilihat berdua-duaan dengan mangsa di dalam sebuah kereta berhampiran sekolah. Siasatan turut mendapati mangsa mengenali suspek menerusi permainan video dalam talian,” katanya.

Tambahnya, suspek dikatakan mengajak mangsa berbual lucah sebelum bertindak mengurut kemaluan remaja itu setiap kali mereka berjumpa.

“Ibu mangsa berusia 49 tahun kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Banda Hilir pada 23 April lalu,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI