fbpx

Manarina Hasya layak terima penyelesaian hutang pinjaman PTPTN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Zawiah (dua dari kanan) menyerahkan replika kad sumbangan CSR PTPTN kepada ibu Allahyarhamah Manarina Hasya (tiga dari kanan) semasa Program Ziarah PTPTN Prihatin di Felda Chemplak, Labis, Johor.

PETALING JAYA – Mangsa tragedi nahas kemalangan melibatkan dua buah bas di hadapan perhentian bas dekat Jalan Persiaran Perdana, Universiti Utara Malaysia (UUM), Allahyarhamah Manarina Hasya Muhamad Karim layak mendapat penyelesaian keseluruhan hutang pinjaman bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda berjumlah RM12,629.82.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berkata, waris juga menerima khairat kematian berjumlah RM1,500.

Katanya, PTPTN melalui Program Ziarah PTPTN Prihatin, turut menyerahkan sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berupa wang tunai berjumlah RM2,000 dan sumbangan kotak makanan kepada waris Allahyarhamah.

“Tragedi yang berlaku pada 19 April lalu telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. PTPTN sebagai agensi di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited melaksanakan program-program CSR dan menjaga kebajikan peminjamnya.

“Dengan keprihatinan PTPTN ini mampu membantu meringankan beban yang ditanggung oleh waris peminjam PTPTN,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya, semoga manfaat yang diterima melalui Skim Perlindungan Takaful Berkelompok pinjaman pendidikan PTPTN dapat memberikan sedikit kelegaan dan sokongan kepada waris Allahyarhamah dalam waktu yang sukar ini.

Terdahulu, sesi ziarah dan penyerahan sumbangan CSR telah diadakan di kediaman waris Allahyarhamah di Felda Chemplak, Labis, Johor.

Turut hadir, Pengurus Besar Kanan, Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Zawiah Wan Abu Bakar, mewakili Pengerusi dan Pengurusan PTPTN serta Pengurus Cawangan Pejabat PTPTN Negeri Johor, Rafidah Sidek. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI