fbpx

Mampu pinjam, tak sanggup beli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTONY

SEVILLE – Pengarah Sukan Real Betis, Manu Fajardo mengakui kelab itu berusaha untuk memastikan Antony kekal selepas pemain sayap itu menujukkan prestasi cemerlang sebagai pemain pinjaman.

Bagaimanapun, harga jualan yang ditetapkan oleh Manchester United sebanyak €50 juta (RM247 juta) mungkin tidak dapat dipenuhi oleh Betis yang dianggap terlalu mahal dan diluar kemampuan mereka.

The Red Devils meletakkan Antony di dalam senarai pemain yang ingin dilepaskan mereka pada musim panas nanti serta menjualnya secara tetap untuk meningkatkan dana pasukan, selain tidak bercadang untuk melanjutkan tempoh pinjaman.

Menurut laporan, pihak pengurusan Betis telah menghubungi Manchester United untuk mencadangkan kontrak pinjaman baharu bagi Antony untuk musim 2025/2026 dengan tawaran untuk menanggung sebahagian besar gaji pemain itu.

Pemain berasal dari Brazil berjaya menghidupkan semula kariernya di Sepanyol dengan membantu Los Verdiblancos naik ke zon kelayakan Eropah dalam La Liga.

Antony, 25 tahun, menunjukkan prestasi hebat sejak berpindah ke Sepanyol dengan meledak sembilan gol dalam 18 perlawanan membuatkan Betis mahu menawarkan cadangan kontrak pinjaman baharu kepada United. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI