fbpx

Lepasan SPM hafaz al-Quran diberi keutamaan – Asyraf Wajdi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi.

JAYA – Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menghafaz al-Quran akan diberi keutamaan untuk dibiayai pengajian ke luar negara.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pembiayaan itu meliputi pengajian dalam bidang-bidang strategik profesional.

“Pelajar cemerlang SPM yang hafaz al-Quran akan diberikan keutamaan oleh Mara untuk dibiayai pengajian mereka ke luar negara dalam bidang-bidang strategik profesional,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Dalam pada itu, Asyraf Wajdi memuji satu komen ditinggalkan pada hantaran tersebut bahawa lepasan SPM yang terpilih perlu memahami mesej terkandung dalam al-Quran.

Pemilik akaun Facebook, Aizuddin Danian berkata, calon perlu ditemu bual untuk mengetahui bagaimana mereka menjalani kehidupan berpandukan ajaran al-Quran.

“Mempunyai pengetahuan yang kukuh dalam al-Quran harus diiktiraf dan digalakkan. Bukan sahaja hafal, apabila anda menemu bual mereka, sila tanya mereka soalan.

“Soalan yang akan menunjukkan mereka memahami mesej al-Quran dan bagaimana mereka menjalani kehidupan mengikut al-Quran. Inilah jenis pemimpin masa depan yang kita mahukan di Malaysia,” katanya.

Asyraf Wajdi berkata, beliau berterima kasih terhadap idea bernas tersebut dan Mara patut mengambil perhatian tentang perkara itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI