fbpx

Kertas siasatan kes ugut anggota JPJ dirujuk ke TPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kertas siasatan berhubung kes ugut anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membabitkan dua pemandu dan pemilik sebuah kenderaan perdagangan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed berkata, kertas siasatan itu dibuka di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan.

Menurut Aidi Sham, pihaknya menerima laporan daripada anggota JPJ yang mendakwa dua pemandu lori pasir ditahan atas kesalahan membawa barangan melebihi muatan enggan mematuhi arahannya.

“Bertindak atas laporan, polis telah menahan tiga lelaki berusia dalam lingkungan 30-an hingga 40-an untuk membantu siasatan.

“Ketiga-tiga suspek telah diberikan jamin polis dan kita sedang menunggu arahan daripada TPR untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tiga lelaki ditahan selepas mengugut dan menghalang anggota JPJ daripada mengambil tindakan pada dua kenderaan perdagangan dalam satu Ops Khas Lebihan Muatan, di sini pada 12 April lalu.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Muhammad Kifli Ma Hassan dilaporkan berkata, kejadian itu berlaku ketika anggota JPJ menahan dua lori terbabit yang didapati melakukan kesalahan membawa barangan melebihi muatan.

Katanya, akibat tidak berpuas hati dengan tindakan terbabit, pemilik kenderaan berkenaan telah bertindak membuat provokasi terhadap anggota bertugas. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI