fbpx

Kayu diproses tanpa permit, peralatan RM31.2 juta kena sita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian kayu yang disita dalam serbuan di lapan buah kilang di empat daerah di Kelantan, semalam. Foto IHSAN PGA

KOTA BHARU – Briged Tenggara Pasukan Gerakan Am (PGA) menyita pelbagai jenis kayu yang diproses tanpa permit termasuk peralatan berjumlah lebih RM31.2 juta selepas menyerbu lapan buah kilang di sekitar negeri ini menerusi Op Khazanah yang bermula semalam.

Serbuan yang dilakukan oleh Batalion 7, Batalion 8 dan Batalion 9 PGA turut disertai oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan melibatkan daerah Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli.

Komander Briged Tenggara PGA, Datuk Nik Ros Azhan Ab. Hamid berkata, pemeriksaan lanjut di lokasi telah menjumpai sebanyak 5,537 batang kayu pelbagai jenis dianggarkan berjumlah RM14.9 juta.

“Selain itu, sebanyak 25 buah jentera berat pelbagai jenis, alat pemotong kayu (93), mesin star venir (3), penimbang lori (1), mesin chip (1) dan tong gas (2) turut ditemukan di kawasan kilang tersebut.

“Semua premis itu telah melakukan kesalahan dibawah Seskyen 93 (2) Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) dan Seksyen 3 (2) Enekmen Industri Berasaskan Kayu 1985 selain tidak mempunyai lesen operasi dari pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini hari ini.

Nik Ros Azhan memberitahu, seramai 11 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar dan 20 rakyat tempatan turut ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, semua PATI itu telah diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah manakala hasil kayu termasuk jentera yang dirampas diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI