fbpx

Jangan ambil mudah kalau jantung kerap berdebar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jantung sering berdebar dengan tiba-tiba, tidak boleh dipandang remeh dan perlu segera mendapatkan pemeriksaan awal.

Menurut Public Health Malaysia, sekiranya jangung kerap berdebar dengan tiba-tiba, ia boleh menjadi tanda awal masalah jantung.

Katanya, ada sesetengah individu, mengalami keadaan jantung berdebar datang tiba-tiba selepas minum kopi, berdepan tekanan, atau ketika badan terlalu letih.

“Jika jantung anda berdebar terlalu kerap, terasa seperti berdegup laju tanpa sebab atau disertai rasa sesak nafas, pening, atau sakit dada, jangan tunggu.

“Dapatkan pemeriksaan awal. Pemeriksaan mudah seperti ECG, ujian darah, dan konsultasi doktor boleh membantu mengesan masalah sebelum menjadi lebih serius,” katanya.

Katanya, lebih cepat dikesan, lebih besar peluang untuk rawatan berkesan.

“Sayangi jantung anda. Berdebar bukan selalu normal. Kadang-kadang, itu cara badan berbisik, meminta anda untuk berhenti sejenak dan ambil peduli,” katanya. – KOSMO! ONLIND

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI