fbpx

Duit simpanan suri rumah RM150,190 kena ‘rembat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUANTAN – Seorang suri rumah terpaksa menanggung kerugian RM150,190 selepas terjerat dalam skim pelaburan saham tidak wujud.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, kejadian bermula pada21 Januari lalu selepas mangsa berusia 58 tahun dari Temerloh melihat iklan pelaburan saham di Facebook sebelum berurusan dengan tiga individu melalui aplikasi WhatsApp.

“Mangsa diarahkan untuk memuat turun satu aplikasi dan menyertai kumpulan WhatsApp diberikan suspek.

“Sejak 23 Februari hingga 18 April lalu mangsa membuat 13 transaksi pembayaran ke dalam dua akaun berjumlah RM150,190 yang merupakan wang simpanan peribadinya,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, pada pertengahan bulan ini mangsa menerima keuntungan RM11,600, namun diminta membuat bayaran tambahan bagi mengeluarkan wang tersebut.

Jelasnya, mangsa menyedari dia ditipu apabila tidak dapat mengeluarkan keuntungan pelaburan seperti yang dijanjikan.

Polis menasihatkan orang ramai agar menyemak dan membuat pengesahan menyeluruh terhadap platform, syarikat serta individu yang menawarkan pelaburan sebelum melakukan sebarang transaksi kewangan.

“Jangan mudah terpengaruh dengan skim pelaburan yang menjanjikan keuntungan lumayan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI