fbpx

Dua anggota polis direman minta RM6,000 di stesen minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA anggota polis direman lima hari bagi membantu siasatan selepas disyaki meminta dan menerima rasuah di Seremban, semalam. - Foto oleh MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

SEREMBAN – Dua anggota polis direman lima hari bagi membantu siasatan selepas disyaki meminta rasuah kira-kira RM6,000 daripada seorang pemilik syarikat yang ditahan dalam satu pemeriksaan kenderaan di sebuah stesen minyak, di sini.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu dikeluarkan Majistret Nurul Saqinah Rosli bermula hari ini sehingga 3 Mei depan, selepas membenarkan permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret, di sini.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki itu ditahan antara pukul 1 tengah hari hingga 3 petang semalam di dua lokasi berbeza di sekitar Seremban.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada Ahad lalu apabila kedua-duanya menjalankan tugas dengan membuat pemeriksaan kenderaan individu tersebut.

“Ketika pemeriksaan, kedua-dua suspek telah mengambil kad pengenalan individu terbabit dan meminta wang rasuah sekitar RM6,000 jika ingin kad pengenalannya dipulangkan semula,” katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI