fbpx

Adik maut, abang parah Volkswagen langgar pokok doa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN Volkswagen Passat CC yang remuk selepas melanggar pokok doa dalam kemalangan di Kilometer 51, Jalan Johor Bahru-Batu Pahat, Kampung Jasa Sepakat, Pontian semalam.

PONTIAN – Seorang pemandu kereta jenis Volkswagen maut, manakala abangnya parah selepas kenderaan dinaiki terbabas dan melanggar pokok doa di Kilometer 51, Jalan Johor Bahru-Batu Pahat di Kampung Jasa Sepakat di sini semalam.

Nahas pada pukul 7 malam itu meragut nyawa Joe Yap Chun Ler, 23. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Abangnya, Jeffrey Yap Chun Kit, 27, yang duduk di kerusi penumpang mengalami kecederaan patah kaki kiri akibat hentakan kuat selepas kereta dinaiki melanggar pokok.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta dipandu mangsa dari arah Pekan Nanas ke Pontian hilang kawalan.

“Kereta itu terbabas ke kanan sebelum melanggar pokok menyebabkan mangsa parah di kepala dan dada. Pemandunya disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI