fbpx

284 jemaah haji Malaysia KT01 tiba di Madinah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak petugas Tabung Haji serta pengurusan Hotel Emaar Royal menunggu ketibaan jemaah haji Malaysia di hotel penginapan.

MADINAH – Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia terdiri daripada 284 orang termasuk 31 petugas tiba di Madinah, sebentar tadi.

Jemaah tersebut yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines MH8050 dari KLIA Terminal 1, Sepang ke Madinah, berlepas kira-kira pukul 4.05 pagi.

Mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammed Bin Abdulaziz, Madinah pada pukul 7.50 pagi waktu Arab Saudi.

Satu majlis meriah diadakan bagi menyambut kumpulan jemaah haji tersebut di Hotel Emaar Royal.

Majlis pelepasan jemaah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar dan Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Tan Sri Abdul Rashid Hussain.

Malaysia juga terpilih sebagai negara pertama di dunia yang mengagihkan kad Nusuk kepada para jemaah haji di dalam negara sendiri untuk musim haji kali ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI