fbpx

Warga emas terbabas rempuh dua kenderaan, kedai ubat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kejadian kemalangan melibatkan SUV dipandu warga emas yang terbabas di Kuala Pilah pagi tadi. -IHSAN POLIS

KUALA PILAH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu warga emas terbabas dan melanggar dua kenderaan sebelum merempuh kedai ubat di Jalan Yam Tuan Raden di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, kejadian pada pukul 9.15 pagi itu membabitkan SUV Santa FE, kereta Toyota Vios dan motosikal.

Siasatan mendapati setibanya di simpang empat Jalan Yam Tuan Raden, SUV itu sedang keluar simpang. Kereta Toyota Vios tidak sempat mengelak lalu berlaku pelanggaran dengan SUV tersebut.

“Keadaan itu menyebabkan SUV tersebut hilang kawalan sebelum merempuh motosikal dan kereta yang diparkir. SUV itu kemudian terbabas ke dalam bangunan kedai ubat yang berada di kanan jalan,” katanya kepada pemberita.

Muhamad Mustafah berkata, akibat pelanggaran itu, kedua-dua pemandu lelaki warga emas tersebut tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat mengikut Peraturan 3(2)(b) Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI