fbpx

Tindakan tatatertib anggota PDRM tidak pakai kamera badan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sahabudin (tengah) menandatangani plak sewaktu merasmikan IPD Besut hari ini.

BESUT – Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang tidak memakai atau menghidupkan kamera badan (BWC) sewaktu bertugas akan dikenakan tindakan tatatertib.

Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman, Datuk Seri Sahabudin Abd. Manan berkata, pemakaian BWC penting bagi menjaga integriti dan kredibiliti kedua-dua pihak sama ada polis dan orang awam.

Beliau berkata, rakaman BCW itu boleh dijadikan bahan bukti sekiranya berlaku sebarang pertikaian kelak.

“Rekod rakaman kamera badan tersebut juga boleh dijadikan bukti sah dalam prosiding mahkamah.

“Keutamaan penggunaan kamera badan diberikan kepada Unit Kereta Peronda (MPV), Unit Rondaan Bermotosikal serta Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik.” katanya selepas majlis perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, di sini, hari ini.

Sahabudin berkata, sebanyak 7,648 unit kamera badan (BWC) telah selesai diagihkan ke seluruh negara.

Beliau berkata, kesemua kamera badan tersebut telah diagihkan menerusi ibu pejabat polis kontinjen (IPK) termasuk 288 unit kepada IPK Terengganu.

“PDRM akan mengemukakan permohonan tambahan sebanyak 10,000 unit kamera badan lagi melalui Rolling Plan Kedua (RP2) Rancangan Malaysia Ke-14 (RMK-13) pada tahun depan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI