fbpx

Suspek sengaja rempuh mati 11 orang tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang anggota polis menjalankan siasatan di Vancouver, Kanada semalam. - AFP 

VANCOUVER, KANADA – Pemandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang merempuh orang ramai di sebuah festival jalanan di bandar  Vancouver, didapati bertindak dengan sengaja dan mempunyai masalah mental, lapor laman berita Channel News Asia. 

Polis masih belum mengesahkan motif sebenar  suspek dalam serangan sekitar pukul 8 malam kelmarin. 

Tragedi rempuhan itu berlaku sehari sebelum pilihan raya umum Kanada yang didominasi isu tarif Presiden Donald Trump terhadap produk Kanada dan ancaman beliau untuk menjadikan negara berkenaan sebahagian daripada wilayah Amerika Syarikat.

“Angka kematian meningkat kepada 11 orang daripada sembilan sebelum ini. Suspek berusia 30 tahun itu mempunyai sejarah ‘interaksi’  dengan polis dan pakar kesihatan mental,” kata ketua polis tempatan, Steve Rai.

Serangan itu berlaku ketika komuniti Filipina berkumpul di kejiranan Fraser untuk meraikan Hari Lapu Lapu. 

Perayaan tersebut bertujuan memperingati seorang pemimpin Filipina yang menentang penjajah pada abad ke-16. 

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri Kanada, Mark Carney mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan menyifatkan insiden itu sebagai mimpi ngeri. 

“Malam semalam (kelmarin), ramai keluarga kehilangan kakak, abang, ibu bapa, anak lelaki, atau anak perempuan. Mereka mengalami mimpi ngeri,” kata Carney. 

Presiden Filipina, Ferdinand Marcos berkata dalam satu kenyataan bahawa beliau sangat sedih berhubung insiden ngeri  itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI