fbpx

‘Saya pun ambil epidural, apa salahnya? Tak berdosa pun’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Izara Aishah menegaskan pengambilan suntikan epidural ketika proses bersalin tidak menjadi satu kesalahan di sudut agama.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan, Izara Aishah menegaskan pengambilan suntikan epidural ketika proses bersalin tidak menjadi satu kesalahan di sudut agama.

Menurut Izara atau nama sebenarnya Izara Aishah Hisham, suntikan epidural adalah satu pilihan yang boleh membantu mengurangkan rasa kesakitan.

“Suntikan epidural itu dah cukup untuk tutup kesakitan. Tuhan dah bagi kesenangan tetapi kenapa nak susahkan diri?

“Saya pun ambil epidural, apa salahnya? Tak berdosa pun. Saya tak rasa ambil epidural adalah salah,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Puteri Sarah Liyana di sini, semalam.

Pada masa yang sama, menantu kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu juga tidak menolak pengambilan epidural mempunyai kesan sampingan tetapi mampu sembuh sekiranya menjalani proses berpantang.

“Ganjaran yang Allah SWT bagi tetap sama. Kalau meninggal dunia ketika bersalin, masih dikira syahid. Tak ada beza.

“Kesan sampingan selepas pengambilan (epidural) mungkin ada tetapi kalau berpantang dengan jaga betul-betul, insya-Allah tak ada masalah,” katanya lagi.

Terdahulu, kecoh dalam media sosial apabila netizen menghentam pempengaruh sensasi, Jofliam yang melabel ibu hamil yang mengambil epidural ketika melahirkan anak sebagai ‘cheat code’ dan lemah.

Namun, Jofliam tampil membuat permohonan maaf terutamanya kepada kaum wanita sejurus sedar bahawa namanya menjadi bualan hangat dan mendapat kecaman daripada netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI