fbpx

Rumah terbakar, lelaki laungkan azan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki melaungkan azan di hadapan sebuah rumah yang terbakar. - TikTok

JAKARTA – Seorang lelaki mengundang perhatian orang ramai kerana melaungkan azan ketika berlaku kebakaran di sebuah kejiranan di wilayah Aceh, lapor laman berita Abatanews semalam. 

Kejadian berlaku di bandar Meureudu, Pidie Jaya baru-baru ini. 

Rakaman dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @radarbandung menunjukkan lelaki itu melaungkan azan di hadapan sebuah rumah terbakar. 

Api dilihat semakin membara sambil mengeluarkan asap tebal ke ruang udara. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.6 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi. 

“Dalam Islam, melaungkan azan ketika dilanda musibah sebagai tanda meminta pertolongan daripada Allah,” kata seorang netizen. 

“Itu api bukan hujan,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI