PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan lebat di beberapa kawasan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Labuan, Sabah, Sarawak hingga pukul 9 malam ini.
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan, hujan lebat dijangka melanda Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk dan Hilir Perak).
“Hujan lebat dijangka melanda Pahang (Jerantut, Bentong dan Kuantan), Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin).
“Amaran yang sama dikeluarkan di Melaka dan Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang dan Mersing),” katanya.
Menurutnya, Sarawak turut dijangka mengalami hujan lebat di kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Miri (Telang Usan dan Marudi) dan Limbang.
Cuaca sama turut melanda Sabah melibatkan kawasan pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan) dan Tawau (Tawau). -KOSMO! ONLINE