fbpx

Penguasaan al-Quran asas kekuatan ummah, tamadun moden – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika berucap pada Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan di Dewan 2020 di Kangar, hari ini.

KANGAR – Penguasaan al-Quran bukan hanya amalan ibadah peribadi, malah menjadi asas penting dalam membina kekuatan ummah, negara dan tamadun moden.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pembacaan, penghayatan dan penguasaan ilmu al-Quran mesti dijadikan dasar utama untuk melahirkan masyarakat Madani yang berilmu dan berakhlak mulia.

“Budaya tafakur fiddin iaitu memahami dan menghayati ajaran al-Quran perlu diperhebatkan bagi memperkukuhkan jati diri umat,” katanya ketika berucap pada Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan di Dewan 2020, di sini hari ini.

Katanya, kekuatan sesebuah tamadun Islam bermula daripada pusat ilmu yang berasaskan wahyu, seterusnya berkembang menjadi negeri dan membentuk kekuatan negara.

Dalam membina negara Madani, beliau berkata, pembangunan mesti bersandarkan kepada nilai, akhlak dan asas agama yang kukuh, bukannya terikut-ikut dengan ideologi sekular atau materialistik.

Anwar turut menegaskan bahawa cabaran utama umat hari ini adalah membina kekuatan dalaman melalui penguasaan ilmu agama dan teknologi digital serta penerokaan bidang kecerdasan buatan (AI).

“Kita tidak boleh membina tamadun moden jika al-Quran hanya dibaca tanpa difahami, tanpa diterjemahkan ke dalam kekuatan sahsiah, pentadbiran dan daya saing ekonomi,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI