fbpx

Pembangkang jangan hanya bermuka manis semasa minta peruntukan – TPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (dua dari kiri) menyampaikan replika PPRS kepada salah seorang penerima pada Majlis Penyerahan Bantuan PPRS dan Majlis Hari Raya Aidilfitri Kesedar di Dataran Awam Kampung Jerek, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH/KOSMO!

GUA MUSANG – Pemimpin pembangkang diingatkan agar tidak hanya bermuka manis semasa memohon peruntukan dan bertindak menghentam kerajaan sejurus menerima dana tersebut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pihak pembangkang akan terus membidas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim setiap kali pilihan raya dan tindakan itu seolah-olah tidak berterima kasih.

“Saya lumat (dihentam). Tidak salah untuk kita berbeza pendapat, namun janganlah semasa minta muka senyum dan muka sepuluh sen. Apabila dapat (peruntukan), hentam semula Perdana Menteri.

“Jangan begitu, mesti bersyukur dan terima kasih. Apabila pilihan raya, mereka hentam Perdana Menteri, saya lumatlah,” katanya semasa berucap pada Majlis Penyerahan Bantuan Program Perumahan Rakyat Sejahtera (PPRS) dan Majlis Hari Raya Aidilfitri Kesedar di Dataran Awam Kampung Jerek di sini hari ini.

Ahmad Zahid memberitahu, beliau bagaimanapun tidak mahu menyebut individu tersebut atau pihak tertentu yang berbuat demikian.

Menurutnya, situasi itu berlaku dan bukan sahaja di Kelantan, sebaliknya ia turut terjadi di negeri-negeri pembangkang yang lain iaitu Kedah, Perlis dan Terengganu

“Sikap begitu perlu diubah kerana ia sesuatu yang tidak baik. Benar ada peruntukan yang harus disalurkan, tetapi yang diberikan oleh Perdana Menteri adalah atas semangat Kerajaan Madani. Salah satu sikap kerajaan adalah ihsan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI